Pages

Thursday, December 9, 2010

Dunia aku dan kau bukan milik kita

Bila berjalan menghadap dunia. Aku takut untuk menghadapi dunia realiti. Hidup kau cukup mengkhayalkan aku. Aku cukup khayal dan hampir terpedaya.

Kemudian aku sedar yang aku ada dunia aku sendiri. Yang kau boleh caci maki dan kutuk belakang aku. Cukuplah dengan segalanya yang kau ada. Hidup ini hanyalah sekali. Tiada ulangnya. Kau hidup sekali di bumi. Tetapi selamanya di akhirat sana.

Aku tidak mahu berjalan di dunia kau lagi. Ingat, dunia yang kau hidup muka milikmu. Kau mesti ingat. Tiada yang hakiki di sini. Yang hakiki menanti disana.

Aku tidak mahu lagi menghidu baunya. Tidak lagi mahu tergolong dalamnya. Tidak mahu jatuh di dalamnya.

Ingin sekali aku berjalan di duniamu tanpa dirimu sedar. Lupakan kau kerana kau adalah yang bukan aku ingin ikuti. Hapuskan kau dalam hidupku. Jangan kau ingat siapa aku dan menyebut nama aku. Kerana cacian kau dibelakangku, membuat aku semakin membencimu.

No comments:

Post a Comment

MAHA MELIHAT | OPICK FT. AMANDA

src="http://fullmusik.org/guci.gif" border="0" />


Gratisan Musik